Kutip 5,425 puntung rokok dalam masa 45 minit



LANGKAWI, 14 Okt -- Seramai 42 pelajar dan kakitangan Kolej UNITI, Port Dickson Negeri Sembilan merasai pengalaman baharu apabila bersama-sama penduduk setempat bergotong-royong di sekitar Pantai Chenang di sini.

Mereka bersama-sama sukarelawan Trash Hero Langkawi dan Sahabat Alam Langkawi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pantai Chenang serta kakitangan Langkawi Destinasiku Travel and Tours Sdn Bhd membersihkan lokasi tumpuan pelancong itu.

Dalam tempoh 45 minit, aktiviti sukarela itu berjaya mengumpul 5,425 puntung rokok yang dibuang di sekitar lokasi tersebut, jumlah yang disifatkan tinggi oleh peserta terlibat.

Menurut Penasihat Kelab Kembara Kolej UNITI, Muhamad Norazwan Mohamed Ali menerusi program tersebut pelajar didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

"Hari ini kita melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama peneraju utama iaitu Trash Hero Langkawi.

“Menerusi program ini kita dedahkan kepada pelajar kepentingan menjaga alam sekitar, sebagai contoh hari ini kita bersihkan pantai dah berjaya mengumpul 5,425 puntung rokok dalam tempoh 45 minit jadi perlu ada kesedaran supaya sampah atau puntung rokok tidak dibuang sewenang-wenangnya," kata pensyarah grafik Kolej UNITI itu.



-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018