Hampir 60,000 wanita Afghanistan hidap kanser payudara setiap tahun



KABUL, 14 Okt -- Kira-kira 60,000 wanita Afghanistan dilaporkan menghidap penyakit kanser payudara setiap tahun, kebanyakannya di ibu kota Kabul, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan akhbar harian berbahasa Inggeris Daily Outlook Afghanistan pada Ahad.

Menurut akhbar itu, satu survei yang dijalankan sebuah badan bukan kerajaan Yayasan Kanser Afghanistan (ACF) di 10 daripada 34 wilayah di negara itu telah mendapati Kabul memiliki jumlah pesakit kanser payudara paling ramai.

"Kabul memiliki jumlah pesakit kanser payudara paling ramai diikuti wilayah-wilayah Balkh, Panjshir dan Kapisa," lapor akhbar itu memetik kenyataan Jawad Safi, pemimpin ACF.

Mengesahkan perkata itu, sumber Kementerian Kesihatan Awam Afghanistan (MoPH) berkata kanser payudara adalah penyakit paling berbahaya kepada wanita selepas penyakit jantung, lapor akhbar tersebut.

"Mencegah penyusuan badan, merokok dan obesiti adalah penyebab utama kanser payudara di negara ini," lapor akhbar itu memetik kenyataan pakar perubatan Nasrin Oryakhil.

Di seluruh negara, menurut laporan media, hanya terdapat satu jabatan onkologi dengan 65 katil, tetapi tanpa rawatan kemoterapi dan tiada radiasi di Hospital Jamhuriat (Republikan) di Kabul, lapor akhbar itu.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018