Kementerian Kesihatan komited mulakan suntikan vaksin pneumococcal



CYBERJAYA, 14 Okt -- Kementerian Kesihatan komited untuk memulakan suntikan pneumococcal kepada semua kanak-kanak tahun depan melalui peruntukan RM60 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

"Kita harus melihat jumlah peruntukan yang diberikan. Kita perlu merumuskan strategi tentang kaedah terbaik untuk memulakan suntikan vaksin itu," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Penyelidikan Kolaboratif dalam Kejuruteraan, Sain dan Kluster Penjagaan Kesihatan Teknologi Digital (CREST) di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat cadangan untuk mewajibkan suntikan vaksin, Dr Dzulkefly berkata kementerian telah mengkaji perkara itu dan akan membuat keputusan muktamad mengenainya.

Beliau berkata visi Kementerian Kesihatan adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak diberikan suntikan dan mencapai 95 peratus kadar vaksinasi.

Sementara itu, mengulas mengenai program vaksin pneumococcal, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat keperluan untuk memberi keutamaan terlebih dahulu dan mengadakan pra-rundingan harga.

"Kita boleh berunding dengan syarikat-sayrikat berkenaan dan memberi keutamaan kepada kumpulan pesakit seperti kumpulan berisiko tinggi sebelum melancarkan Pelan Imunisasi Negara," katanya.

Beliau berkata program itu dijangka bermula pada suku pertama tahun depan bergantung kepada proses rundingan dan pada masa yang sama tidak berkompromio mengenai kualiti.

Penyakit pneumococcal disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai streptococcus pneumoniae, yang boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan yang serius dan sering berlaku di kalangan golongan muda, warga emas dan mereka yang mengalami keadaan perubatan kronik.

Ini termasuk jangkitan paru-paru/inflamasi (radang paru-paru), meningitis (inflamasimembran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) boleh bermula pada pertengahan tahun depan di hospital dan klinik awam.

Peruntukan RM31 juta diumumkan dalam Belanjawan 2020 untuk menaik taraf dan penyelenggaraan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi, termasuk projek perintis untuk rekod perubatan elektronik hospital.

"Kami ingin melihat satu sistem yang saling beroperasi," katanya sambil menambah bahawa masa dan usaha manual untuk mengakses maklumat pesakit dapat dikurangkan melalui kecekapan sistem selain mesra alam.

EMR juga membolehkan maklumat pesakit dikongsi dengan cepat dan mudah antara pelbagai pihak dalam sistem penjagaan kesihatan.

"Sebagai contoh, rekod pesakit boleh dikongsi antara klinik dan hospital swasta, dan juga pengamal post-care seperti ahli fisioterapi, sesuatu yang melibatkan proses yang panjang dan rumit sebelum ini," katanya.

Dr Dzulkefly berkata ketepatan EMR dan articial intelligence (AI) boleh memberi kesan secara besar-besaran kepada kecekapan hospital awam di Malaysia, dari penjadualan, konsultasi, diagnosis, dan ubat-ubatan, dan mengurangkan kesesakan di hospital awam.

"Ini seterusnya dapat menjadikan penjagaan kesihatan lebih murah atau boleh diakses, kerana diagnosis dan konsultasi susulan akan dibuat lebih cekap melalui penggunaan AI dan EMR dalam menjangka dan membuat perkiraan mengenai keperluan pesakit secara individu,” kata beliau.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2