Ada keperluan melihat kepada pemilihan dan perolehan peralatan perubatan - PM Mahathir



KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Tatkala peralatan perubatan menawarkan kepada penyedia penjagaan kesihatan peluang untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik, terdapat pula keperluan kepada pihak berkuasa kebangsaan dari sudut pemilihan dan pemerolehannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.  

Beliau berkata pihak berkuasa yang menguruskannya diperlukan kerana ia akan menangani isu keselamatan dan prestasi peralatan perubatan yang berkenaan.

“Pihak Berkuasa Peranti Perubatan yang dipertanggungjawab untuk menangani isu kesihatan dan keselamatan awam yang berhubung dengan peralatan kesihatan dan memberi kemudahan perdagangan dan perubatan boleh menjadi jawapan kepadanya,” katanya dalam ucapan ketika melancarkan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa dan Pameran Peranti Perubatan Malaysia 2019 di sini, hari ini.

Kontemporari sistem kesihatan bergantung kepada sumbangan sumber manusia dan teknologi perubatan, di mana peralatan perubatan adalah satu aspek teknologi kesihatan kerana mereka melengkapkan penyedia penjagaan kesihatan dengan peralatan bagi melakukan fungsi mereka secara berkesan dan cekap.

Beliau menambah kata usaha bersepadu yang diambil oleh Malaysia telah menempatkan negara ini yang pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan Terbaik Dunia bagi ‘2019 International Living Annual Global Retirement Index’.

Sementara itu, Mahathir berkata untuk memastikan Malaysia kekal sebagai “pilihan utama” kepada pelabur luar, kerajaan menyedari akan keperluan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan aliran masuk modal dan teknologi luar serta mengukuhkan persaingan industri Malaysia dalam pasaran global.

“Semua orang dalam perniagaan ini mempunyai peranan untuk dimainkan. Kerajaan Malaysia menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan perlu disokong oleh sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta institusi pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana signifikannya acara Peranti Perubatan ini hari ini, yang mana semua pihak terlibat dari pengusaha awal, pertengahan hinggalah kepada pihak lebih besar, hadir di sini bersama-sama mereka yang terlibat dalam industri ini di peringkat antarabangsa bagi menggerakkan industri ini ke satu tahap lagi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab sumber peranti perubatan.

Perdana Menteri berkata, memandangkan negara menuju Rovolusi Industri Keempat (Industri 4.0) kadar pecutan inovasi yang meningkat dalam peranti perubatan adalah bukti oleh syarikat tempatan mula melaksanakan R&D dalam proses pengilangan mereka.

“Ia penting agar pihak industri meneruskan usaha inovasi dan revolusi terhadap pembangunan produk, proses pengilangan dan model perniagaan mereka.

 “Saya selalu mengingatkan pengusaha industri dan usahawan bahawa kita tidak punya banyak pilihan tetapi perlu memiliki kemajuan teknologi baharu sekiranya kita ingin kekal bersaing, ia sama pentingnya agar tidak melupakan bahawa kemajuan ini juga hendaklah dinikmati oleh orang ramai secara saksama…,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2