Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR,17 Okt -- Kadar caj perundingan pengamal perubatan am swasta hanya akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Peringkat Tertinggi November ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) telah menjalankan kajian impak dan analisis cadangan kenaikan caj perundingan pengamal perubatan swasta terhadap Indeks Harga Pengguna (CPI).
"...hasil kajian ini akan dibawa ke Majlis Tindakan Sara Hidup Peringkat Tertinggi yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri nanti.
"Berdasarkan beberapa sesi konsultasi dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bersama DOSM, satu julat fi perundingan yang baru telah dipersetujui di mana encounter fee (jumlah caj perundingan dan caj ubat-ubatan) masih dikekalkan bagi kes-kes yang lazimnya dirawat oleh pengamal perubatan swasta,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (PH-Bagan Serai) ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri berkaitan status permohonan 7,000 doktor perubatan umum untuk mengharmonikan fi perundingan yang tidak disemak sejak sekian lama.
Sebelum ini, kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor swasta di seluruh negara dicadangkan dinaikkan antara RM35 dan RM125 daripada RM10 dan RM35, yang tidak disemak hampir 12 tahun.
Fi perundingan pengamal perubatan am swasta di klinik swasta kini dikawal bawah Jadual Ketujuh, Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta Atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) belum pernah dipinda sejak diperkenalkan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN