'Let's TALK Minda Sihat' bantu atasi stigma terhadap kesihatan mental dalam kalangan masyarakat



KUALA LUMPUR, 17 Okt  -- Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melancarkan Kempen ‘Let's TALK Minda Sihat’ sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai masalah kesihatan mental bagi mengatasi stigma negatif terhadap penyakit itu dalam kalangan masyarakat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kempen itu dibuat berikutan peningkatan masalah kesihatan mental yang berpunca daripada stigma dan salah faham dalam kalangan masyarakat.

"Beban masalah kesihatan mental di negara ini semakin membimbangkan kerana stigma seperti pandangan serong mengenainya masih wujud dalam kalangan masyarakat dan akhirnya itu menjadi penghalang kepada seseorang yang mengalami masalah mental untuk segera mendapatkan rawatan profesional.

“Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, 10 peratus daripada remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun mempunyai idea bunuh diri, 7.3 peratus mempunyai rancangan untuk bunuh diri manakala 7.9 peratus telah melakukan cubaan bunuh diri dan trend ini menunjukkan peningkatan berbanding hasil kajian 2012,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran kempen ‘Let's TALK Minda Sihat’ sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dzulkefly berkata kempen itu boleh menggalakkan masyarakat untuk lebih terbuka dalam membincangkan perkara berkaitan kesihatan mental, menghapuskan stigma dan menggalakkan masyarakat lebih mengambil tahu tentang masalah dan penyakit mental.

Katanya bagi tiga tahun pertama kempen berkenaan, pelbagai promosi, program saringan dan intervensi akan dilaksanakan dengan menggunakan jenama ‘Let's TALK Minda Sihat’.

“Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah pengwujudan kiosk ‘Let's TALK’ di peringkat komuniti serta kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam pertandingan video pendek, bicara berirama dan pertandingan mural.

“Penglibatan penggiat seni dan pengamal media juga diharap dapat memberi impak terutama kepada remaja. Justeru, hari ini KKM juga akan mula bekerjasama dengan Teeb TV untuk menjayakan Malaysia ‘Mental Health Film Festival’ yang julung-julung kali diadakan di Malaysia,” katanya.

Dzulkefly turut menegaskan agar masyarakat terutama ahli keluarga dan rakan-rakan lebih peka dan prihatin terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental serta mampu membantu mereka untuk tampil bercakap dan berbincang dengan orang yang mereka percaya sekali gus mendapatkan bantuan profesional.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018