K'jaan mahu masyarakat peka kesan pelupusan plastik terhadap hidupan marin - Sim



MERSING, 18 Okt -- Kerajaan mahu segenap lapisan masyarakat terus peka dan sensitif terhadap kesan pelupusan bahan plastik ke atas alam sekitar khususnya ekosistem hidupan marin.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata saintis antarabangsa telah mengesan penemuan mikroplastik yang tidak hadam dalam najis manusia.

Beliau berkata hasil kajian di kebanyakan negara, gejala tersebut semakin membimbangkan kerana bahan plastik bukan sahaja didapati tidak mudah terurai malah mampu bertahan sehingga seribu tahun untuk musnah.

"Nampaknya negara kita tidak terkecuali dari masalah mikroplastik ini dan didapati ia dimakan oleh orang ramai dalam pengambilan bahan makanan terutama daripada sumber ikan.

"Satu kajian Jabatan Perikanan bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diketuai Dr Najihah Muhammad juga dijalankan mulai 2018 dan membuktikan terdapat pencemaran mikroplastik dalam ekosistem dari beberapa sampel yang diambil di beberapa kawasan perairan negara," katanya.

Sim berkata demikian kepada pemberita selepas menamatkan program lawatan dua hari ke zon Taman Laut Mersing sempena Hari Taman Laut, di sini, semalam.


Kerajaan mahu segenap lapisan masyarakat terus peka dan sensitif terhadap kesan pelupusan bahan plastik ke atas alam sekitar khususnya ekosistem hidupan marin. (Gambar fail)

Beliau berkata tanpa semua pihak sedar, pembuangan sampah plastik ke sungai akhirnya sampai ke laut di mana plastik dimakan oleh ikan yang kemudian dimakan pula manusia.

"Mikroplastik ini sangat kecil bersaiz kira-kira satu micron hingga lima milimeter dimakan oleh ikan kecil, ikan kecil ini akan dimakan pula oleh ikan besar dan seterusnya ikan besar dimakan oleh manusia dan masuk dalam sistem tubuh kita.

"Rantai makanan begini amat membimbangkan dengan memungkinkan kelak mendatangkan masalah kesihatan yang serius kepada kehidupan manusia," katanya.

Menurut Sim, walaupun hasil kajian tersebut tidak membuktikan semua kawasan perairan negara tercemar dengan mikroplastik, namun, kesedaran awam perlu terus dipertingkatkan mengenai bahaya penggunaan plastik serta budaya menjadikan sungai dan laut sebagai tempat pembuangan sampah perlu dihentikan.

-- BERNAMA  


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018