Kes demam denggi meningkat di Perak



IPOH, 18 Okt -- Jumlah kes demam denggi di Perak meningkat dengan mencatatkan 2,486 kes bagi tempoh Januari hingga 12 Okt lepas, iaitu meningkat sebanyak 13.1 peratus berbanding 2,198 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata bagi tempoh yang sama juga, empat kes kematian direkodkan akibat denggi berbanding lima kematian iaitu masing-masing di daerah Batang Padang, Kinta, Hilir Perak dan Manjung.

Katanya, tiga daerah mencatatkan kes tertinggi iaitu di daerah Kinta merekodkan 693 kes, sementara di Batang Padang 273 kes, di Larut, Matang dan Selama pula 257 kes manakala Perak Tengah mencatatkan kes yang paling rendah iaitu 56 kes.  

"Bagi tempoh yang sama juga, daerah Manjung menunjukkan penurunan kes iaitu 234 kes berbanding 502 kes manakala di Hilir Perak mencatatkan 203 kes berbanding 334 kes dan Kuala Kangsar pula 147 kes berbanding 207 kes," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Sivanesan berkata antara punca peningkatan kes denggi adalah disebabkan tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan kebersihan di kawasan sekitar kawasan kediaman masing-masing dengan kebanyakan rumah dan tanah, terbiar selain longgokan tayar terpakai dikenal pasti antara punca utama tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Sebelum ini, kes denggi kebanyakannya berlaku di kawasan bandar tetapi sekarang banyak kes sedemikian berlaku di kawasan perkampungan terutamanya kampung nelayan kerana kawasan persekitaran seperti sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik.

"Saya menyeru masyarakat setempat supaya turun padang menjalankan aktiviti pembersihan di kawasan perumahan dan jangan hanya apabila kita menganjurkan aktiviti gotong-royong, hanya ahli majlis, ketua kampung atau anggota bomba sahaja yang datang untuk membersihkan kawasan sekitar," katanya. 

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2