480 anggota MKN diberi suntikan vaksin Hepatitis B, Influenza



KOTA KINABALU, 18 Okt -- Seramai 480 pegawai dan anggota Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Sabah yang berdepan risiko penyakit berjangkit ketika melaksanakan tugas diberi suntikan vaksin Hepatitis B dan Influenza. 

Menurut kenyataan MKN Sabah, malam ini, program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah itu dijalankan serentak di tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Sibuga dan Sandakan.  

"Tujuannya adalah untuk mencegah kakitangan daripada terkena jangkitan penyakit Hepatitis B dan Influenza kerana tugas mereka terutama pengawal keselamatan yang sentiasa berdepan dengan tahanan warga asing yang tidak mempunyai dokumen. 

"Program ini juga julung kali diadakan dan mendapat kerjasama yang baik daripada Pejabat Kesihatan Sandakan," menurut kenyataan itu.

Program itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah MKN, Mohd Rabin Basir dan turut hadir ialah Pengarah MKN Sabah, Sh. Sitti Saleha Habib Yussof

Bagi PTS Tawau pula, program yang sama akan dilaksanakan pada 1 Nov ini membabitkan seramai 109 kakitangan.       

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018