Wabak Ebola di Congo masih dikategori kecemasan kesihatan awam: WHO

GENEVA, 19 Okt -- Wabak Ebola yang melanda Congo, masih dikategori sebagai kecemasan kesihatan awam, meskipun jumlah kes berkurangan sepanjang minggu lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat kelima Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (2005), lapor agensi berita Xinhua.

Statistik terbaru WHO menunjukkan sejumlah 3,228 kes Ebola dilaporkan di Congo, termasuk 3,114 disahkan positif.

Beberapa minggu kebelakangan ini, kes menurun secara konsisten, namun kawasan 'hot spot' kini  beralih ke kawasan pendalaman yang sukar dilalui petugas kesihatan.

WHO berkata tumpuan utama sekarang adalah untuk mengenal pasti daerah yang mungkin akan dilanda wabak.  

Cabaran lain yang terpaksa dilalui WHO ialah kekurangan dana, sejumlah US$6.6 juta diperlukan di sembilan negara, buat masa ini hanya US$ 4.5 juta diterima. 

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2