Lulusan ILKKM boleh kerja swasta jika tiada tawaran kerajaan selepas 12 bulan

Dr Lee Boon Chye (Gambar fail)

IPOH, 22 Okt -- Lulusan Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan (ILKKM) yang tidak menerima sebarang tawaran kerja daripada kerajaan dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian boleh berkhidmat dengan pihak swasta. 

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata berdasarkan peraturan sedia ada, seseorang lulusan ILKKM itu perlu kembali berkhidmat dengan kerajaan jika menerima tawaran kerja. 

"Kalau dalam masa 12 bulan mereka tidak menerima tawaran kerja termasuk secara kontrak, maka mereka dibebaskan daripada peraturan itu (untuk berkhidmat dengan kerajaan). 

"Sebelum 12 bulan pun, mereka dah boleh mohon tempat lain, tapi jika mereka bekerja dan dapat tawaran daripada kerajaan maka mereka kena berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh empat tahun," katanya. 

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Konvokesyen 2019 Institut Latihan Kementerian Kesihatan di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini Isnin.  

Mengenai lantikan secara kontrak lulusan ILKKM, tanpa menyatakan jumlah terlibat, Dr Lee berkata lepasan tahun 2017 telah berjaya ditawarkan pekerjaan. 

"Untuk lepasan tahun 2018 dan 2019, kita akan cuba serap secara kontrak pada tahun depan. Ini bukan sahaja untuk pembantu perubatan, tetapi lain-lain termasuk jururawat dan pembantu farmasi," katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2