NMC, NCSM tandatangani MoU bantu pesakit kanser jalani rawatan radioterapi dan kemoterapi

NILAI, 22 Okt -- Pusat perubatan Nilai Medical Centre (NMC) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) bagi membantu pesakit kanser yang perlu menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi pada kadar yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif NMC Jasmine Lau Mooi Hun berkata melalui MoU ini pesakit kanser yang perlu menjalani rawatan ini akan menikmati diskaun kos rawatan iaitu 35 peratus bagi radioterapi dan 20 peratus bagi kemoterapi berbanding kos asal rawatan.

“Pesakit yang akan mendapat manfaat ini adalah pesakit yang telah dirujuk di NCSM terlebih dahulu sebelum kita terima mereka untuk mendapatkan rawatan radioterapi dan kemoterapi termasuk rundingan di NMC pada kadar yang lebih rendah.

“Selain itu, dibawah inisiatif ini juga pemeriksaan awal bagi mammogram dan Colonoscopy turut ditawarkan pada kadar yang lebih rendah berbanding harga asal,” katanya dalam sidang media pada majlis MoU antara NMC dan NCSM di sini, hari ini.

MoU itu ditandatanganu oleh Lau mewakili NMC manakala NCSM diwakili Pengarah Perubatan NCSM Dr M. Murallitharan.

Tambah Lau, inisiatif ini juga bagi memastikan pesakit kanser di kawasan sekitar dapat menerima rawatan susulan kanser mereka di lokasi yang lebih dekat dan tidak lagi perlu menanggung kos yang tinggi untuk berulang-alik

Beliau juga berkata bagi membolehkan lebih ramai pesakit kanser yang kurang berkemampuan menerima manfaat ini, pihaknya turut menjalankan NMC Pink Run yang akan berlangsung pada 17 Nov ini di NMC, yang bertujuan untuk mengumpul dana.

Sementara itu, Murallitharan berkata 60 peratus kanser di Malaysia merupakan kanser yang lambat dikesan.

Katanya faktor yang menyumbang kepada kelewatan untuk mengesan kanser ini selain daripada kemampuan, kemudahan atau fasiliti yang jauh dari kediaman mereka juga antara punca sesuatu kanser itu lambat dikesan.

“Memang ramai pesakit yang dirawat di pusat perubatan kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur adalah penduduk yang bukan dari Kuala Lumpur dan keadaan ini menyebabkan seseorang pesakit perlu menanggung kos yang tinggi untuk berulang-alik hanya untuk mendapatkan rawatan sehingga ada dikalangan mereka memutuskan untuk menghentikan rawatan.

“Jadi bila ada insiatif macam ini sekurang-kurangnya penduduk di kawasan sekitar ada pilihan lain untuk dapatkan rawatan di hospital swasta pada kualiti yang sama dengan hospital kerajaan tetapi dengan kadar yang lebih rendah,” katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018