Jabatan Kesihatan Selangor rampas 648 produk makanan yang tidak patuh pelabelan produk

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim ( Gambar fail )

SHAH ALAM, 22 Okt -- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 648 produk makanan pelbagai jenis bernilai RM20,560 dalam Operasi Khas Akuan Kesihatan yang dijalankan ke atas 16 premis di seluruh negeri itu Khamis lepas. 

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata produk-produk itu dirampas kerana tidak mematuhi keperluan pelabelan produk makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985.

“Operasi itu adalah untuk mengenal pasti kepatuhan akuan yang dibenarkan pada pelabelan produk makanan dan minuman kesihatan yang berada di premis jualan seperti di farmasi, kedai jamu dan kedai jualan runcit.

“Antara kesalahan paling ketara ditemui dalam operasi ini adalah terdapat akuan kesihatan yang tidak dapat disahkan dan ada yang mengandungi pernyataan mengenai khasiat sesuatu makanan dalam perawatan atau penyembuhan penyakit tertentu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu katanya, JKNS juga turut memeriksa semua label makanan di premis-premis tersebut bagi memastikan nama dan alamat pengilang ada dinyatakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 11(1)(j) PPM 1985.

“Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di negara ini, labelnya perlu menyatakan nama dan alamat pengilang, pembungkus atau pengedar manakala produk makanan import pula, label makanan perlu menyatakan nama dan alamat pengilang di luar negara serta nama dan alamat syarikat pengimport di Malaysia,” katanya.

Dr Khalid berkata 10 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 turut dikeluarkan dan kompaun berjumlah RM30,000 dikenakan terhadap peniaga atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu.

Justeru katanya, JKNS amat memandang serius isu akuan kesihatan yang tidak dapat disahkan atau mengelirukan pengguna dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan berterusan bagi memastikan tahap keselamatan serta kualiti makanan di negara ini terkawal.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018