Lebih 300 kes bunuh diri dilapor sejak 2014



KUALA LUMPUR, 23 Okt -- Sebanyak 356 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di seluruh negara dari tahun 2014 hingga Jun 2019, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata jumlah itu termasuk 69 kes yang melibatkan bukan warganegara.

"Bagi menghadapi masalah ini, KKM (Kementerian Kesihatan) telah menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital kerajaan, 1,001 Klinik Kesihatan di peringkat kesihatan primer dan 25 Pusat Komuniti Kesihatan Mental," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan R.S.N Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu langkah akan diambil  Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan kejadian bunuh diri yang semakin meningkat di negara ini.

Dr Lee berkata KKM mempunyai 400 pakar psikiatri di seluruh fasiliti di bawah kementerian itu dan 298 'family medicine specialist' yang boleh memberikan nasihat rawatan bagi mereka yang menghadapi masalah kemurungan.

Dr Lee berkata antara aktiviti kesedaran kesihatan mental lain yang turut dilaksanakan adalah menerusi Kempen Cara Hidup Sihat yang memfokuskan kepada menangani stres.

 Selain itu, beliau berkata program kesihatan mental dalam komuniti turut menawarkan perkhidmatan di klinik kesihatan yang meliputi aktiviti promosi dan pengesanan awal melalui saringan untuk mengesan tahap stres, keresahan dan kemurungan serta individu yang berisiko mengalami masalah kesihatan mental serta pelaksanaan intervensi.

Menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) berkenaan daftar bunuh diri yang perlu dikaji semula, beliau berkata kementerian berhasrat untuk melaksanakannya pada tahun hadapan.

"Namun, sebelum daftar boleh dibangunkan, kita kena ‘decriminalised’ (tidak dikategorikan sebagai perbuatan jenayah) bunuh diri kerana jika tidak berbuat demikian, bunuh diri tidak akan dilaporkan dan daftar tidak akan lengkap.

"Bukan sahaja kita sokong supaya ‘decriminalised’ bunuh diri oleh kerana daftar, tetapi kita juga menyokong kerana tidak mahu mereka yang cuba bunuh diri dan perlukan rawatan, dihukum sekali lagi," katanya yang turut mencadangkan supaya Seksyen 305, 306 dan 309 Kanun Keseksaan dikaji semula.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan sedang mengkaji dan berunding di peringkat nasional dengan beberapa pihak berkepentingan dalam usaha untuk meminda undang-undang bagi mengeluarkan jenayah cubaan bunuh diri daripada Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2