PETALING JAYA, 24 Okt -- BookDoc, platform penjagaan kesihatan dalam talian bekerjasama dengan lima rakan kongsi penyedia tawaran tambahan dalam usaha menggalakkan lebih ramai orang kekal aktif dan sihat menerusi aplikasi Bookdoc Activ.
Lima rakan kongsi itu termasuk Corus Hotel, MPH Bookstores, Dal.komm Coffee, dan syarikat penyedia produk rekreasi luar Coleman and Montbell.
Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas BookDoc Datuk Chevy Beh berkata BookDoc sedang maju berkembang bersama dengan rakan penyedia tawaran, selaras dengan perkembangan pesat penggunaan aplikasi berasaskan pengguna ketika ini.
Beliau berkata BookDoc telah melepasi sasaran bekerjasama dengan 100 rakan kongsi tahun ini dan mensasar 150 lagi rakan penyedia tawaran ganjaran pada tahun 2020.
“Ketika ini kami ada 100 rakan penyedia tawaran, namun setiap rakan kami ini, seperti MPH, mempunyai 20 lokasi, jadi anda boleh tebus tawaran anda di 20 lokasi MPH secara ‘offline’, Dengan Petron pula misalnya, mereka ada 650 lokasi, bermakna ada 650 tempat penebusan,” katanya kepada Bernama di luar program manandatangani perjanjian 'Bookdoc Activ New Reward Partners' di sini , Selasa.
BookDoc yang dibangunkan pada Julai 2015 menghubungkan pengguna kepada profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana jua dengan melibatkan 40,000 pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Thailand.
Aplikasi itu juga memberikan insentif kepada pengguna yang aktif dengan tawaran penebusan ganjaran yang boleh dibuat di lebih 1,600 lokasi di dalam talian mahupun ‘offline’ seperti Shopee, Petron, The Coffee Bean, Guardian dan Tea Live.
Sementara itu rakan pembekal tawaran BookDoc menganggap kolaborasi dengan syarikat penjagaan kesihatan dalam talian sebagai satu langkah bijak dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang sihat.
Pengurus Besar MPH Bookstore, Pembangunan Perniagaan dan Strategik, Ivy Tan berkata rakyat Malaysia kini mulai sedar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan ini membuka peluang yang besar untuk direbut.
"Orang ramai semakin hari bertambah peka terhadap soal kesihatan, jadi kami rasa ada potensi besar untuk dapatkan pelanggan dari kelompok baharu ini dan pada masa yang sama kami merasakan kumpulan mempromosi aspek kesihatan adalah sesuatu yang cukup hampir dengan memupuk gaya hidup yang baik,” katanya.
Ketua Pemasaran Coleman and Montbell, Choy Lai Kuan pula berkata objektif syarikat adalah senada dengan BookDoc, iaitu untuk menggalakkan aktiviti rekreasi luar di kalangan rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN