172,031 kematian di Malaysia pada 2018, penyakit jantung iskemik sebab utama kematian



PUTRAJAYA, 30 Okt -- Sebanyak 172,031 kematian direkodkan pada 2018, dengan sejumlah 117,387 daripadanya adalah sebab kematian yang disahkan secara perubatan manakala 54,644 adalah sebab kematian yang tidak disahkan secara perubatan.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Ischaemic heart diseases (penyakit jantung iskemik) kekal sebagai sebab kematian utama di Malaysia dengan 18,267 kematian atau 15.6 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018.

Berdasarkan laporan Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2019 yang dikeluarkan hari ini, kematian yang disebabkan penyakit jantung iskemik meningkat 35.3 peratus berbanding 13,503 kematian pada 2017, katanya.

Pneumonia mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini dengan 11.8 peratus diikuti Cerebrovascular diseases atau penyakit serebrovaskular (7.8 peratus), kemalangan kenderaan (3.7 peratus) dan Chronic lower respiratory diseases (2.6 peratus), katanya dalam satu kenyataan mengulas laporan itu.

"Sebab kematian utama bagi lelaki adalah penyakit jantung iskemik dengan 12,510 kematian atau 17.8 peratus daripada jumlah kematian lelaki pada 2018,  manakala sebab kematian utama bagi perempuan adalah Pneumonia dengan 6,033 kematian (12.8 peratus)," katanya.

Mohd Uzir berkata penyakit jantung iskemik merupakan sebab kematian utama di 90 daerah pentadbiran dan peratusan tertinggi dicatatkan di daerah Petaling, Selangor iaitu 16.3 peratus. 

Pneumonia pula merupakan sebab kematian utama di 48 daerah pentadbiran dengan peratusan tertinggi dicatatkan oleh Kota Setar, Kedah iaitu 17.8 peratus, katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2