Virus ASF: Operasi pantau produk babi import dipergiat



KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama beberapa agensi lain akan mempergiat operasi memantau kemasukan import daging dan produk berasaskan babi ke negara ini dalam usaha membendung risiko penyebaran virus African Swine Fever (ASF).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata operasi berkenaan ditujukan khusus terhadap pengimport, pengedar serta restoran yang dipercayai mempunyai bekalan dan produk berasaskan haiwan itu daripada senarai negara yang tidak dibenarkan.

"Operasi ini akan kerap diadakan bertujuan mengenal pasti mana-mana pihak terlibat yang dipercayai mempunyai bekalan dan produk berasaskan babi diimport dari 10 negara dilarang seperti yang dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) sebelum ini.

"Menerusi operasi berkenaan, pemeriksaan dan seterusnya tindakan akan dikenakan ke atas sebarang kemasukan daging babi, 'suckling pig', dan produk babi di dalam tin secara tidak sah," katanya pada sidang media mengenai status terkini virus ASF di sini hari ini.

Menurut Dr Quaza Nizamuddin, virus ASF mempunyai daya ketahanan tinggi dan mampu kekal aktif dalam produk sejuk beku selama 1,000 hari sementara daging salai dan daging dalam tin mempunyai kadar ketahanan selama 30 hari.

Operasi akan dilaksana bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), katanya.

Sarawak sebelum ini dilapor mengeluarkan larangan pengimportan produk berasaskan babi ke atas negara-negara yang dijangkiti virus ASF termasuk China.

Ia susulan Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Bandar Baru Salak Tinggi yang mengesan DNA virus ASF pada produk 'canned luncheon pork' yang diimport dari China di Sarawak pada 25 Okt.

MoA sebelum ini memaklumkan wabak ASF disahkan melanda 10 negara Asia iaitu China, Mongolia, Vietnam, Kemboja, Korea Utara, Laos, Myanmar, Filipina, Korea Selatan dan Timor Leste.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1