Datuk Seri Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Menteri Kesihatan mencapai satu lagi kemajuan besar dengan mewujudkan bank data penjagaan kesihatan yang bersepadu bagi tujuan pertanyaan dan analisis di bawah Malaysia Health Data Warehouse (MyHDW), bagi membantu para doktor dalam membuat keputusan klinikal.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menjelaskan fungsi MyHarmony di bawah MyHDW akan digunakan untuk memaparkan set rujukan untuk kesihatan oral, farmasi dan patologi awal tahun hadapan.
“Systematised Nomenclature of Medicine - Clinical Term” (SNOMED CT) dalam MyHarmony berfungsi membenarkan penterjemahan data automatik yang merangkumi pelbagai pengkhususan dan keperluan di samping keupayaan menggunakan terma yang dipersetujui yang sesuai dengan keutamaan tempatan.
MyHarmony pada asalnya ditugaskan untuk mewujudkan KPI Kardiologi untuk sebuah pusat kadiologi pada 2014 yang telah berjaya mengadakan tujuh daripada lapan KPI kardiologi.
"Pada masa sekarang, satu lagi usaha sedang dijalankan untuk membangunkan satu set rujukan (refset) untuk kesihatan oral. Tidak lama lagi, kerja-kerja itu akan termasuk pembangunan refset patologi dan model data ubat,” katanya selepas merasmikan Ekspo SNOMED CT 2019 di sini, hari ini.
Usaha untuk melihat terma Perubatan Cina Tradisional dari Mandarin ke dalam SNOMED CT kini sedang dilaksanakan, katanya.
Ketika ditanya sama ada fungsi MyHarmony akan menggantikan peranan doktor dalam mendiagnos, Menteri Kesihatan itu menolak kemungkinan itu memandangkan fungsi berkenaan hanya bertindak untuk membantu doktor membuat keputusan.
"Tidak mungkin teknologi boleh menggantikan doktor kerana mereka perlu memeriksa secara fizikal pesakit bagi membuat keputusan dan memulakan siasatan.
"Malahan, saya bimbang sekiranya doktor tidak mampu untuk mendukung teknologi ini, mereka akan ketinggalan ke belakang,” tambah beliau.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Christopher Lee, Ketua Pegawai Eksekutif SNOMED International, Don Sweete dan Timbalan Pengarah Kesihatan Pusat Informasi di Kementerian Kesihatan Dr Md Khadzir Sheikh Ahmad.
Ekspo tahunan SNOMED CT dianjurkan oleh SNOMED International dan dihos bersama Kementerian Kesihatan bertemakan 'Leading Health Innovation through Data.'
Memasuki edisi ke-11 tahun ini, majlis itu mencatatkan lebih 300 perwakilan tempatan dan antarabangsa menghadiri mesyuarat dan ekspo itu yang diadakan dari 27 Okt hingga 1 Nov ini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN