Kesihatan mental penting untuk capai Revolusi Industri 4.0

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob (tengah) berkata kesihatan mental yang baik, mampu membantu seseorang individu menampung tekanan di tempat kerja. (Gambar fail)

KOTA KINABALU, 31 Okt -- Untuk mencapai kemajuan dalam era Revolusi Industri 4.0, (IR 4.0), kesihatan mental yang baik untuk semua perlu diberi penekanan, terutama di tempat kerja kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

Katanya kesihatan mental yang baik, mampu membantu seseorang individu menampung tekanan di tempat kerja.

"Tempat kerja harus menjadi tumpuan dalam menguruskan isu-isu kesihatan mental serta menangani aspek-aspek lain dalam kerja, yang bertujuan mengurangkan ketidakhadiran dan meningkatkan produktiviti," katanya di majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Psikologi, Kaunseling dan Pendidikan (ICPCE) Kali Kedua, di Universiti Malaysia Sabah, hari ini.

Persidangan tiga hari itu bertujuan memudahkan kolaborasi penyelidikan dan rangkaian profesional dalam bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan dalam kalangan pakar psikologi, kaunselor, pendidik, pengamal kerja sosial dan penyelidik.

Yusof berkata secara umum, kesihatan mental telah mendapat perhatian dari golongan profesional, penyelidik dan orang ramai dan penyakit tersebut boleh menyebabkan kerugian kepada ekonomi dalam pelbagai peringkat termasuk individu, keluarga, organisasi dan juga di peringkat kebangsaan.

Sementara itu Pengerusi ICPCE, Dennis Relojo-Howell berkata persidangan yang bertujuan untuk melihat penyelidikan dalam bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan disertai perwakilan dari Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Filipina, United Kingdom dan Malaysia yang akan membincangkan isu-isu dalam ketiga-tiga bidang itu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018