Konsesi Pharmaniaga akan berakhir - Dzulkefly



KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Perkhidmatan Pharmaniaga, yang memegang konsesi pembekalan ubat-ubatan serta peralatan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berakhir, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihaknya tidak lagi menggunakan syarikat konsesi bagi membekalkan logistik dan pengedaran bekalan ubat-ubatan dan sebaliknya KKM akan memperkenalkan sistem tender terbuka bagi tujuan tersebut.

“Tiada lagi konsesi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran dan persidangan Systematised Nomenclature of Medicine - Clinical Terms (SNOMED CT) di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya perkhidmatan Pharmaniaga akan terus digunakan, sehingga kabinet memutuskan mekanisme sistem tender terbuka.

“Ini kerana kita tidak mahu mengalami keputusan rangkaian bekalan. Jadi kita bagi sedikit masa. Perkhidmatan mereka akan digunakan sehingga kabinet memutuskan mekanisme untuk menguruskan sistem tender terbuka,” katanya.

Dzulkefly berkata beliau akan menyuarakan perkara itu kepada kabinet, untuk memutuskan mekanisme sistem tender terbuka itu dengan harapan ia akan dapat dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan.

Difahamkan konsesi Pharmaniaga bersama KKM akan tamat pada 30 Nov ini.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2