Selangor digesa rangka blueprint atasi kes denggi



SHAH ALAM, 4 Nov -- Kerajaan Selangor digesa merangka pelan tindakan jangka panjang sebagai langkah menangani kes denggi, yang disifatkan tidak berkesudahan di negeri itu.

Ketua Pembangkang Selangor Rizam Ismail berkata, ini kerana negeri tersebut dilihat terus mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi, walaupun banyak peruntukan digunakan melaksanakan program pencegahan, berhubung perkara itu.

“Kerajaan negeri selalu memperuntukkan jumlah kewangan yang besar (untuk program membanteras denggi) seperti pada tahun ini, sebanyak RM3 juta diperuntukkan manakala untuk 2020 pula sebanyak RM5 juta.

"Kita hargai keseriusan kerajaan negeri dalam isu ini, tetapi sampai bila kerajaan negeri mahu terus memperuntukkan jumlah peruntukan yang besar sekiranya tiada apa-apa hasil dapat dicapai?" katanya ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2020 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Rizam (BN-Sungai Air Tawar) turut menyeru supaya kerajaan negeri melaksanakan peraturan dan undang-undang yang ketat bagi mengatasi masalah denggi di Selangor.

Beliau berkata langkah itu termasuk melaksanakan pendekatan terbaik bagi membendung pembiakan nyamuk aedes di kawasan pembinaan yang dilihat sebagai lokasi titik tumpuan pembiakan nyamuk tersebut.

"Sepanjang tahun ini sahaja iaitu sehingga Jumaat lepas, sejumlah 60,817 kes denggi dicatatkan di negeri ini.

"Angka ini adalah jauh meninggalkan negeri lain antaranya Kuala Lumpur dengan 12,596 kes serta Johor dengan catatan kes sebanyak 9,316," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2