Pembinaan Klinik Kesihatan Bebuloh dimulakan tahun hadapan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengendalikan jentera jentolak sebagai gimik Majlis Perasmian Pecah Tanah Klinik Kesihatan Jenis 5 di Kampung Bebuloh Laut sempena lawatan rasmi beliau ke Wilayah Persekutuan Labuan hari ini. Turut serta Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli (kiri).

LABUAN, 4 Nov -- Projek pembinaan Klinik Kesihatan Bebuloh bernilai RM20 juta akan bermula awal tahun hadapan, dan dijangka siap sepenuhnya pada 2022 kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya projek yang dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 itu sebagai projek utama dan tidak boleh ditangguhkan lagi kerana mengambil kira keperluan penduduk setempat.

“Projek ini perlu bermula segera dan paling lewat awal tahun hadapan dan disiapkan dalam tempoh dua tahun,” katanya di majlis pecah tanah projek Klinik Kesihatan Bebuloh di Kampung Bebuloh di sini hari ini.

Klinik kesihatan kedua di Labuan itu (selepas Klinik Kesihatan Membedai) akan dibina di atas kawasan 4.06 ekar di Kampung Bebuloh dan merangkumi 16 unit rumah kakitangan (‘town house’ kelas F), klinik gigi, pusat penjagaan kesihatan kanak-kanak, makmal dan pusat rawatan pesakit luar.

Katanya sekurang-kurangnya enam pegawai perubatan dan seorang pakar perubatan keluarga dibantu oleh jururawat dalam pelbagai bidang akan ditempatkan di klinik berkenaan bagi menampung lebih daripada 23,000 orang di Kampung Bebuloh dan beberapa kampung berhampiran.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2