SYDNEY, 4 Nov -- Kajian mendapati rempah paling mahal di dunia, Safron berupaya membantu mereka yang mengalami kemurungan jika diamalkan bersama ubat antimurung, lapor agensi berita Xinhua.
Turut dikenali sebagai emas merah, ia sejenis rempah yang ditanam terutamanya di Iran, harganya boleh mencecah US$3,000 setiap kilo, menjadikannya lebih bernilai berbanding logam seperti perak.
"Penyelidikan yang dilakukan terhadap peserta yang mengamalkan safron, menunjukkan gejala kemurungan menurun sebanyak 41 dan 21 peratus," kata penyelidik dari Universiti Murdoch, Adrian Lopresti pada Isnin.
"Di samping itu peserta turut mendapat kualiti tidur yang semakin baik dan mempunyai motivasi serta berminat melakukan aktiviti."
Sementara itu, para saintis yang terlibat dalam kajian bebas, dibiayai pengeluar ekstrak safron, Pharmactive Biotech, berkata dengan hanya menambah lebih banyak safron dalam diet seseorang, tidak mungkin meningkatkan tahap kesihatan mental seseorang dengan sendirinya.
"Safron boleh diamalkan di samping turut mengambil ubat antimurung," kata Lopresti.
Walaupun ia menunjukkan penemuan yang menarik, namun penyelidik mengakui lebih banyak kajian perlu dilakukan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN