Virus ASF di Sarawak tidak membimbangkan - Dr Dzulkefly

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengendalikan jentolak sebagai gimik Majlis Perasmian Pecah Tanah Klinik Kesihatan Jenis 5 di Kampung Bebuloh Laut.

LABUAN, 4 Nov -- Virus African Swine Fever (ASF) di Sarawak bukan di tahap membimbangkan dan masyarakat tidak perlu panik dengan penularan virus itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Tiada ada yang perlu ditakuti mengenai penyebaran virus ASF, kerana ia adalah zoonotik dan tidak menular kepada manusia seperti yang kita semua sedia maklum," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah projek Klinik Kesihatan Bebuloh di Kg Bebuloh di sini, hari ini.

Beliau berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) untuk menangani kemungkinan penyebaran virus itu dan ia di bawah kawalan.

Sarawak telah menguatkuasakan pengharaman sementara daging babi dan produk berasaskan daging babi yang diimport dari negara-negara yang terjejas oleh ASF termasuk China, selepas mengesan virus itu dalam sampel makanan dalam tin yang diimport.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1