Demam denggi di Terengganu meningkat



KUALA TERENGGANU, 5 Nov  -- Kebanyakan daerah di Terengganu mencatat peningkatan demam denggi, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohd Jusoh.

Katanya, sebanyak 513 kes demam denggi direkodkan setakat 2 Nov lepas, iaitu peningkatan 25.7 peratus (113 kes) berbanding hanya 408 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Daripada 513 kes itu, Kuala Terengganu merekodkan kes tertinggi iaitu 220 kes diikuti Marang (73 kes), Kuala Nerus (55 kes), Dungun (53 kes), Kemaman (40 kes), Hulu Terengganu (32 kes), Besut (26 kes) dan Setiu (14 kes). 

“Semua daerah menunjukkan peningkatan kes pada tahun ini kecuali daerah Besut yang menunjukkan penurunan kes iaitu hanya 26 berbanding 118 kes pada tempoh yang sama tahun lepas. Sehingga 2 Nov lalu, terdapat tiga kes kematian iaitu dua kes di Kemaman dan satu di Hulu Terengganu. 

"Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 13 episod wabak denggi telah berlaku di negeri Terengganu iaitu lima di Kuala Terengganu, Marang (empat), Kuala Nerus (tiga) dan satu di Dungun," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar memanfaatkan musim cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di persekitaran rumah dengan meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk aktiviti tersebut.

"Musim tengkujuh pula akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles yang menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan boleh merebakkan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi, chikungunya dan malaria.

"Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan disaran memastikan tempat-tempat tumpuan awam seperti pasar dan stesen bas adalah bebas daripada bekas-bekas berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes. 

"Pihak sekolah juga dipohon memeriksa kawasan sekolah agar bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes dan digalakkan menjalankan aktiviti gotong-royong sebelum bermula cuti persekolahan tidak lama lagi," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2