Malaysia perlu sekurang-kurangnya 218 pakar perubatan paliatif

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tiga, kiri)

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Berdasarkan jumlah penduduk Malaysia sekarang, negara perlu mempunyai sekurang-kurangnya 218 pakar perubatan paliatif, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pada masa ini, hanya terdapat 21 pakar seumpama itu yang berkhidmat di bawah kementerian.

“Ini belum mencukupi kerana kita sasarkan untuk ada sekurang-kurangnya 218 pakar bagi menampung keperluan populasi di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Polisi dan Pelan Strategik Penjagaan Paliatif Kebangsaan 2019-2030 di sini, hari ini.

Menurutnya, penjagaan paliatif adalah perkhidmatan penjagaan kesihatan yang memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi individu menghidapi penyakit mengancam nyawa dengan memberikan bantuan serta sokongan psikologi, sosial dan rohani bagi meringankan beban kesihatan mereka.   

Menurut Kementerian Kesihatan, dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia memerlukan rawatan paliatif setiap tahun dan angka itu dijangka meningkat kepada 230,000 menjelang 2030.

Sementara itu, Dzulkefly berkata kerjasama semua pihak diperlukan bagi membolehkan penjagaan paliatif disediakan kepada masyarakat di bandar mahupun di luar bandar.

Kementerian akan memberikan latihan berkaitan penjagaan paliatif termasuk kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli masyarakat dan keluarga pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif, katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2