Hospital Rembau akan mula beroperasi Januari tahun hadapan - Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan) beramah mesra bersama seorang pengunjung Hasni Abdul Ghani, 39, (duduk, kanan) yang mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma pada Mini Karnival Gaya Hidup Sihat Peringkat DUN Paroi di Senawang hari ini. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Mohammad Taufek Abd Ghani (kanan) -- fotoBERNAMA (2019) HAKCIPTA TERPELIHARA

SEREMBAN, 10 Nov -- Hospital Rembau dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun beliau berkata, perkhidmatan bahagian kecemasan dan unit wad bersalin mungkin akan dibuka terlebih dahulu selewat-lewatnya bulan hadapan.

Dr Dzulkefly berkata ketika ini proses kemasukan peralatan perubatan dan bukan perubatan seperti perabut, katil dan sebagainya masih dijalankan termasuk proses ujian dan pentauliahan peralatan perubatan.

“Kita sedia maklum Hospital Rembau ini memang sangat dinanti-nantikan warga Rembau untuk mereka mendapatkan perkhidmatan kesihatan berhampiran dengan kawasan kediaman mereka.

Sekarang proses kemasukan alat-alat perubatan dan bukan perubatan antaranya seperti perabut serta proses ujian sedang dijalankan, proses pentauliahan peralatan perubatan yang terdapat lebih 7,000 alat perubatan dan bukan perubatan juga sedang dijalankan kerana itu dijangka Hospital Rembau ini akan mula beroperasi sepenuhnya Januari tahun hadapan,” katanya .kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Dewan Undangan Negeri Paroi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata proses ujian dan pentauliahan peralatan perubatan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan.

Sebelum ini Dr Dzulkefly berkata Hospital Rembau akan mula beroperasi Jun lepas sekali gus menjadi pelengkap kepada rangkaian hospital awam di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada Julai lepas, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembukaan Hospital Rembau yang dijadual memulakan operasinya pada Jun terpaksa ditangguhkan pada akhir tahun ini.

Katanya penangguhan operasi itu tidak dapat dielakkan walaupun pembinaan sudah siap 99 peratus kerana perlu menjalankan pemeriksaan bagi memastikan segala kelengkapan hospital mencukupi termasuk kelengkapan dan peralatan hospital.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018