KKM pantau penggunaan bekas makanan plastik undang masalah kesihatan



SEREMBAN, 10 Nov -- Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memantau penggunaan bahan plastik murah sebagai bekas makanan yang dikatakan mampu mengundang bahaya kepada kesihatan.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, sekiranya benar penggunaan bekas makanan dari bahan plastik murah ini menyebabkan makanan atau minuman tercemar dengan bahan kimia.

“Secara khusus kalau isu bersabit keselamatan dan kualiti makanan memang di bawah tanggungjawab kita, saya minta BKKM pantau perkara ini.

“Saya kena teliti dahulu terutamanya dari sudut laporan, yang penting BKKM akan dapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan sebelum kita buat sesuatu keputusan... keputusan kita mesti berdasarkan fakta, berdasarkan maklumat dan ini perlu sedikit kajian untuk kenal pasti apa sebenarnya masalah yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Dewan Undangan Negeri Paroi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan media tempatan semalam berhubung alat permainan dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik dan dijual pada harga yang murah di kedai serbaneka, mampu memberi kesan negatif kepada kesihatan pengguna kerana mengandungi bahan kimia tambahan iaitu ‘phthalates’.

Dr Dzulkefly berkata semua maklumat serta kajian yang dilaksanakan BKKM itu nanti akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk perbincangan lanjut.

Ditanya mengenai terdapat gesaan terhadap pengeluar barangan plastik agar melakukan pengisytiharan kandungan kimia dalam setiap produk yang dikeluarkan mereka, Dr Dzuklefly berkata pihaknya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, akan melihat perkara itu. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2