Sandra De' Cruz
Laporan eksklusif oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Bagi setiap atlet kemantapan fizikal dan fisiologi sangat dituntut ketika menyertai sebarang acara sukan. Namun begitu sekiranya berlaku kecederaan ketika bersukan natijahnya amat parah kerana ia bukan sahaja menyebabkan kesakitan fizikal, malah memakan masa agak lama bagi process penyembuhan.
Di sinilah Terapi Laser Tisu Dalaman (DTLT)- cara bebas pembedahan, bebas dadah dan tidak bersifat ceroboh - dapat membantu di mana ia meningkatkan pengawalan kesakitan, mencegah keradangan dan menjanjikan masa kesembuhan yang lebih cepat.
Menurut pengasas Lightheal Pain Relief (Lightheal), Sandra De 'Cruz, DTLT menerapkan teknologi yang dipanggil proses ‘photobiomodulation’, yang menggunakan tenaga cahaya untuk merangsang proses penyembuhan dengan cepat dan kejayaan rawatan dijamin 99 peratus.
Teknologi laser terbukti secara klinikal untuk menyembuhkan kecederaan sukan kurang daripada separuh masa berbanding dengan rawatan fisioterapi konvensional lain kerana tenaga foton menembusi jauh ke dalam tisu untuk mempercepat pembiakan selular dan mengaktifkan faktor pertumbuhan.
"Katakan jika bahagian yang patah mengambil masa selama 90 hari untuk sembuh, maka dengan DTLT, anda hanya memerlukan 30 hari bagi pemulihan," katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif, baru-baru ini.
“Sebagai contoh ada pemain golf yang mengalami masalah bahagian bawah belakang, tisu tulang belakang dan bahu berpunca daripada cara mereka memutarkan badan ketika memukul bola. Sekiranya anda mula bermain golf pada awal usia, dalam jangka masa 10 hinggga 15 tahun kerosakan pada tubuh mungkin 30 peratus lebih tinggi daripada orang biasa.
"Oleh itu, rawatan ini akan melambatkan proses kerosakan dan penuaan bahagian tubuh yang berkaitan dengan sukan. Oleh itu ia secara purata memanjangkan kerjaya sukan seseorang atlet," katanya, sambil menambah bahawa waktu pemulihan bergantung kepada jenis kecederaan.
Mengenai kemungkinan kesan sampingan selepas rawatan, De 'Cruz menjelaskan bahawa DTLT mempunyai kesan sampingan sifar kerana ia menggunakan tenaga cahaya dan tubuh hanya akan menyerap apa yang diperlukan. Oleh itu, tisu yang rosak akan berhenti menyerap cahaya apabila ia mencapai tahap yang sihat.
Selain daripada masa penyembuhan yang lebih cepat, beliau berkata, terapi laser juga membantu para atlet meningkatkan prestasi mereka ke peringkat seterusnya, di mana atlet Malaysia boleh mendapat manfaat daripada bersaing dengan atlet lain.
“Teknologi ini telah digunakan oleh para atlet Olimpik, mereka sudah mendapat banyak manfaat daripada ini. Kenapa tidak Malaysia? Teknologi ini ada di sini, anda tidak perlu keluar negara ini untuk mendapatkan rawatan ini, "kata De 'Cruz.
Lighheal merupakan salah satu klinik fisioterapi pertama di Malaysia yang menawarkan DTLT dan terdapat rancangan untuk membuka lapan pusat lain dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Selain kecederaan sukan, rawatan juga tertumpu kepada pengawalan kesakitan harian bagi individu yang telah menjalani pembedahan serta individu yang dalam keadaan kronik.
Kategori utama adalah penyakit degeneratif, gangguan neurologi, patah tulang, penyembuhan luka, trauma invasif dan prosedur rutin pasca pemulihan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN