Hospital Ampang jadi hospital sektor awam pertama guna pakai Atellica Solution

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Hospital Ampang di sini merupakan hospital sektor awam pertama dalam negara yang mengguna pakai peralatan berinovasi Atellica Solution, yakni sebuah mesin penganalisis kimia dan imunocerakin, bagi menambah baik kecekapan makmal patologinya.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata teknologi diagnostik makmal itu akan memberi manfaat kepada para pesakit dengan penghasilan keputusan ujian yang lebih pantas dan tepat kerana ia boleh menganalisa sehingga antara 500 dan 1,000 sampel sejam.

"Ini merupakan usaha di bawah kementerian supaya kita dapat memperbaharui alat, atau menggantikan ia kepada alat yang lebih moden, canggih dan efisien.

"...kita ada rancangan untuk menaik taraf makmal-makmal (Atellica Solution) di tiga hospital awam melalui tender terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesin itu di sini, hari ini.

Secara purata, penggunaan mesin ini mampu menjimatkan masa dua hingga tiga kali ganda untuk menganalisa sampel dan mendiagnosis penyakit berbanding mesin konvensional.

Lee berkata mesin itu akan meningkatkan keupayaan perkhidmatan patologi bagi hospital sebagai sokongan kepada diagnos pengesanan awal penyakit.

Sementara itu, Pengarah Hospital Ampang Dr Ghazi Abd Manaf berkata teknologi itu akan mengoptimumkan keupayaan hospital berkenaan sebagai pusat rujukan hematologi kebangsaan.

“Saya percaya penggunaan teknologi ini akan menjadi lonjakan lebih besar dan memberi sokongan kepada perkhidmatan kesihatan kami dan seterusnya menyumbang kepada penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan patologi,” katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2