Pembantu Perawatan Kesihatan digesa tingkatkan pengetahuan



JITRA, 13 Nov -- Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) digesa supaya meningkatkan pengetahuan, termasuk menguasai ilmu teknologi maklumat bagi memastikan mereka dapat berkhidmat dengan lebih berkesan dalam menghadapi kehendak masyarakat yang semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata PPK merupakan komponen penting dalam Kementerian Kesihatan (KKM), yang berkhidmat di barisan hadapan klinik atau hospital kerajaan, sekali gus membawa imej kementerian.

"Profesion PPK sudah lama wujud dalam KKM dan tidak dinafikan sudah banyak transformasi berjaya dilaksanakan dan kemahiran PPK juga berjaya ditingkatkan.

"Tapi masyarakat sekarang sangat 'demanding' dan jangkaan mereka tinggi, jadi amat penting bagi PPK untuk terus menjalankan tugas dengan cemerlang dan meningkatkan pengetahuan masing-masing," katanya semasa merasmikan Konvensyen PPK Peringkat Kebangsaaan Kali Ketiga di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan jumlah keseluruhan sebanyak 30,000 perjawatan di seluruh negara, PPK juga merupakan profesion yang sangat penting kerana hampir setiap unit dan jabatan di bawah KKM mempunyai PPK.

Sehubungan itu katanya, PPK juga perlu bersedia dan mampu bertugas di luar kelaziman dan mengekalkan mutu perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.

Mengenai konvensyen hari ini, Dr Norhizan berkata seramai 1,200 PPK terpilih dari seluruh negara berhimpun dan berkongsi pengetahuan bagi memperkasakan perkhidmatan PPK.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2