82 kes chikungunya dicatatkan di daerah Batang Padang Perak



IPOH, 14 Nov  -- Sebanyak 82 kes jangkitan chikungunya dilaporkan berlaku di daerah Batang Padang, di Perak setakat 12 Nov, sejak wabak itu bermula pada 11 Sept lepas.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata terdapat tujuh lokaliti wabak aktif chikungunya di daerah itu.

"Ia melibatkan 52 kes di Kampung Baru Air Kuning manakala selebihnya di Pekan Bidor, Taman Tapah, Taman Tapah Baru, Kampung Baru Kampung Pahang, Taman Orkid dan Taman Daya melibatkan Mukim Chenderiang, Mukim Bidor dan Mukim Batang Padang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Dr Ding berkata tiada kematian dilaporkan berlaku di lokaliti terbabit.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan di kesemua lokaliti berkenaan mendapati indeks pembiakan Aedes yang tinggi menjadi punca utama penularan wabak aktif chikungunya, dengan tempat pembiakan nyamuk dijumpai di longgokan sampah haram, lot kosong dan terbiar serta longkang.

Daerah Batang Padang mencatatkan kadar jangkitan chikungunya tertinggi dengan 44 orang diikuti Larut Matang Selama di Pokok Assam Zon 2 sebanyak 16 kes dan Kampar (11 kes).

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1