Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Orang ramai digesa menyalurkan maklumat mengenai produk kosmetik yang tidak bernotifikasi terutamanya yang dijual dalam talian kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan akan diambil oleh penguatkuasa farmasi dengan segera jika orang ramai memberi maklumat tentang produk kosmetik yang disyaki tidak berdaftar atau ditukar label dan nombor pendaftaran.
"Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) yang membuat penguatkuasaan dadah dan kosmetik sentiasa memantau, kalau ada produk kosmetik yang tidak dinotifikasi dan disyaki tidak berdaftar atau tukar label serta tukar nombor pendaftaran, kami mengalukan orang ramai untuk mengemukakan kepada kami.
"Biarpun maklumat itu tidak dapat disahkan tetapi sekiranya dikemukakan, tindakan penguatkuasa farmasi amat membantu kami," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) yang bertanyakan tentang langkah yang diambil terhadap penjualan produk kosmetik dan kesihatan di platfrom e-dagang.
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan statistik dari tahun 2018 hingga 2019, sebanyak 34,787 unit produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dirampas melibatkan anggaran nilai rampasan sebanyak RM63.1 juta.
Sejumlah RM6.2 juta produk berkaitan kesihatan dan kosmetik tidak bernotifikasi yang dijual dalam talian turut dirampas sehingga Mac lalu.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa memantau keselamatan mengenai makanan tambahan dan kosmetik yang sarat dijual melalui platform digital e-dagang.
"Syarikat atau individu yang didapati mengilang dan menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi akan disiasat dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1952," katanya.
Dr Dzulkefly kemudian membentangkan Rang undang-Undang Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019 untuk bacaan kali pertama.
RUU itu bertujuan memansuhkan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 dan lembaga yang berada di bawah akta itu dibubarkan.
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah ditubuhkan pada 1 April 2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651).
Lembaga itu merupakan sebuah badan berkanun yang pertama ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN