4,629 kes denggi dilaporkan di Sabah - Poon



KOTA KINABALU, 14 Nov -- Jumlah kumulatif kes denggi di negeri ini setakat 9 Nov lepas adalah 4,629 kes berbanding 2,876 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,753 kes atau 61 peratus.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata daerah yang menyumbangkan kes tertinggi adalah Sandakan sebanyak 1,144 kes, Kota Kinabalu (722 kes), Tawau (698 kes), Lahad Datu (591) dan Semporna (276).

Katanya jumlah kumulatif kematian denggi adalah 22 kematian iaitu jumlah ini adalah sama seperti tahun sebelumnya dan bagi tempoh yang sama.

Poon dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata tindakan kawalan denggi dilakukan antaranya mengadakan kerjasama semua agensi dan masyarakat untuk aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit denggi.

Katanya turut dilakukan adalah semburan dan penghapusan tempat pembiakan di kawasan yang mempunyai wabak atau kes denggi. 

Beliau berkata dalam membabitkan masyarakat, aktiviti gotong-royong  diadakan secara besar-besaran untuk menghapuskan tempat pembiakan di kawasan wabak atau kawasan berpotensi.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1