Rakyat Perlis paling ramai hidap penyakit kencing manis

KANGAR, 17 Nov -- Perlis dikesan sebagai negeri tertinggi di Malaysia mempunyai rakyat yang menghidap penyakit kencing manis berdasarkan kepada nisbah jumlah penduduk.

Sehubungan itu, penduduk negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan atau minuman mempunyai banyak gula yang berisiko tinggi terkena penyakit berkenaan.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kangar, Zaferidin Hashim semasa memberi ceramah kesihatan anjuran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Guru Jaya di sini, hari ini.

Beliau turut menyarankan orang ramai supaya banyak memakan ulam yang boleh membantu menolak bahan makanan yang membahayakan usus.

Dalam pada itu, katanya adalah lebih wajar jika setiap makanan dimasak sendiri kerana kesegarannya lebih terjamin tanpa dimasukkan bahan perisa yang berlebihan sehingga memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Katanya, sebagai pengguna orang ramai mempunyai hak memastikan kualiti makanan yang dijual di kedai makan dalam keadaan baik, selain memberi nasihat kepada pemilik premis makanan untuk menjaga kebersihan tempat ​​​memasak.

 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1