KUALA SELANGOR, 17 Nov -- Bilangan Pegawai Optometri di klinik pakar mata hospital kerajaan di seluruh negara ialah 310 orang dan dianggap rendah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kekurangan itu menyebabkan bebanan kerja pegawai optometri semakin meningkat dan secara tidak langsung mengurangkan keberkesanan sistem kesihatan di negara ini.
"Pesakit terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan kerana jumlah pesakit yang dirujuk ke klinik pakar mata oleh klinik kesihatan meningkat setiap tahun,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan (NEHA) 2019 di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO) Woon Pak Seong.
Justeru, Dr Dzulkefly berkata, kerjasama awam dan swasta perlu dimanfaatkan agar perkhidmatan kesihatan mata dapat dijalankan dengan berkesan.
"Kira-kira 2,000 pegawai optometri bekerja di klinik dan hospital swasta di seluruh negara dan mereka ini boleh dimanfaatkan untuk aktiviti rutin pemeriksaan mata dan saringan seperti mata merah, mata kering, dan kes kerosakan mata disebabkan komplikasi kencing manis dan darah tinggi," katanya.
Sementara itu, Woon dalam ucapannya berkata pihaknya berikrar untuk membina kerjasama yang lebih erat dengan pihak kerajaan bagi membantu menangani masalah penglihatan dan penyakit mata.
"Kementerian Kesihatan mempunyai kira-kira 310 pegawai optometris yang mengendalikan kira-kira 8 juta pesakit setahun dan AMO percaya dengan gabungan optometris swasta pastinya statistik kebutaan dan masalah penglihatan terhad dapat dikawal dan dikurangkan," katanya.
Pada majlis itu, seramai 670 individu daripada golongan B40 menerima cermin mata percuma.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN