KOTA KINABALU, 18 Nov -- Tiga kanser tertinggi kalangan wanita di negeri ini adalah payudara, pangkal rahim dan usus.
Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Norazlinah Arif berkata berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan di Sabah dari 2011 hingga 2015, seramai 743 wanita meninggal dunia disebabkan kanser di hospital.
Bilangan kematian yang tertinggi terdiri daripada kes kanser payudara sebanyak 22.61 peratus, kanser paru-paru dan salur pernafasan (18.57 peratus) dan kanser pangkal rahim (10.09 peratus), katanya ketika menjawab soalan Tan Lee Fat (DAP-Likas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.
Tan bertanyakan peranan kerajaan dalam menyediakan program kesihatan dan langkah pencegahah terhadap penyakit barah.
Norazlinah berkata pelbagai kempen kesihatan dan program saringan untuk ketiga-tiga jenis kanser itu ada ditawarkan di klinik kerajaan di negeri ini.
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata dalam memperkenalkan teknologi penanaman agroponik di negeri ini, Jabatan Pertanian teleh menyediakan infrastruktur dan kemudahan teknologi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Putatan dan Mesilou Kundasang bermula tahun lepas.
Keutamaan adalah kepada belia dan siswazah di negeri ini, katanya ketika menjawab soalan Datuk Bolkiah Ismail (Warisan-Pitas) yang bertanyakan jumlah petani yang mengusahakan tanaman agroponik di Sabah setakat ini.
Menurutnya antara usaha lain kerajaan untuk membantu serta mempertingkat jumlah pengusaha akuaponik adalah dengan memperkenalkan sistem akuaponik kepada pengusaha akuakultur sedia ada sebagai satu sistem ternakan mampan dan mesra alam.
Beliau berkata terdapat 25 pengusaha melaksanakan tanaman agroponik secara berterusan di negeri ini.
Katanya pasaran untuk tanaman agroponik masih rendah disebabkan harga yang lebih tinggi berbanding hasil penanaman secara komersial.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN