Kerajaan lanjutkan khidmat bekalan ubat, keperluan perubatan Pharmaniaga



KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) menerima surat melanjutkan perkhidmatan daripada Kementerian Kesihatan untuk membekalkan ubat-ubatan dan keperluan perubatan kepada fasiliti kementerian itu.

Ia melibatkan tempoh interim selama 25 bulan mulai 1 Dis, 2019 sehingga 31 Dis, 2021.

Pharmaniaga dalam kenyataan hari ini berkata, PLSB juga akan meneruskan perkhidmatan logistik dan pengedaran kepada kementerian berkenaan untuk tempoh lima tahun berakhir 31 Dis, 2024. 

Pengarah Urusan Pharmaniaga Datuk Farshila Emran berkata Pharmaniaga berterima kasih kepada kerajaan kerana meletakkan kepercayan terhadap syarikat itu dan mengiktiraf prestasi mereka dalam melaksanakan perkhidmatan.

“Di masa hadapan, kami akan kekal memberi tumpuan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan kecekapan operasi yang kukuh bagi memastikan kami mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

“Sehubungan itu, kami komited untuk mempertahankan piawaian tadbir urus korporat yang baik dan amalan yang telus berpandukan Sistem Pengurusan Anti Rasuah MS ISO 37001,” kata Farshila.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2