Kabinet secara dasar setuju kenaikan gred pegawai perubatan UD41



KUALA KRAI, 20 Nov  -- Kabinet pada dasarnya telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk menaikkan gred pegawai perubatan secara kontrak Gred UD41 ke UD43.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kabinet telah melihat perkara itu bukanlah sesuatu isu yang besar dan sebab itu memberikan kelulusan bagi kementerian itu melakukan tindakan seterusnya.

"Saya sudah bentangkan kepada kabinet dan secara prinsipnya kabinet tidak mempunyai masalah untuk meluluskan cadangan ini dan saya sebagai menteri berkaitan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menentukan berapa ramai jumlahnya.

"Berikan saya sedikit masa untuk memperincikan perkara ini dan apa pun perkara ini akan selesai akhirnya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hospital Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Hospital bernilai RM286 juta itu dirasmikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan bercadang untuk menaikkan gred pegawai perubatan berstatus kontrak UD41 ke gred UD43 dalam usaha menangani ketidak seimbangan gaji doktor di hospital kerajaan.

Dr Dzulkefly dilaporkan berkata ia adalah antara perkara yang sedang diusahakan kementerian sejajar dalam reformasi skim perkhidmatan kesihatan.

Mengulas perkara itu lagi kementerian juga akan melihat kewajaran sama ada pegawai perubatan kontrak itu perlu menyambung pengajian ke pasca siswazah atau kursus kepakaran lain bagi tujuan tersebut.

Sementara itu Dr Dzulkefly mengesahkan lapan anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pasir Puteh telah mengalami penyakit akibat jangkitan pernafasan yang dipercayai bawaan penyakit daripada nelayan Vietnam yang ditahan baru-baru ini.

Beliau berkata turut disahkan mengalami penyakit itu adalah 11 nelayan Vietnam yang ditahan anggota itu pada minggu lalu dan Jabatan Kesihatan Kelantan kini telah mengambil langkah perlu untuk membendungnya.

"Masalah kesihatan itu bagaimanapun terkawal dan Jabatan Kesihatan Kelantan telah membuat pemeriksaan terhadap 18 anggota APMM dan 45 nelayan Vietnam berkenaan dan hanya 19 orang sahaja yang menunjukkan gejala tersebut.

"Nelayan Vietnam berkenaan juga telah diasingkan daripada banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa ketika ini," katanya.

Sehubungan itu Dr Dzulkefly menasihatkan anggota penguatkuasa seperti APMM itu agar mengambil langkah sewajarnya ketika membuat operasi terhadap nelayan asing tersebut.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018