IPOH, 24 Nov -- Penyakit jantung koronari masih merupakan pembunuh nombor satu dengan meragut nyawa kira-kira 50 orang rakyat Malaysia setiap hari, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan jumlah kematian akibat penyakit jantung koronari pada tahun 2018 adalah seramai 18,267 orang sekaligus kekal menjadi punca utama kematian di negara ini.
"Jumlah kematian akibat penyakit itu menunjukkan peningkatan setiap tahun dan ia juga menjadi punca utama yang menyebabkan kematian mengejut ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Perak 'Perak Automated External Defibrillator(AED))Save A Life' di Dewan Bandaraya Ipoh di sini hari ini.
Seramai 580 peserta dari seluruh negeri menyertai program anjuran Ipoh Cardiovascular Society yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan bilangan orang awam yang mampu melakukan Resusitasi Kardiopulmonari atau CPR serta menggunakan AED.
Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata Kementerian Kesihatan tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan larangan meminum arak di tempat tertentu seperti larangan merokok.
Beliau berkata bagi larangan merokok, kementerian boleh melaksanakan penguatkuasaan kerana ia termaktud di dalam Akta Makanan 1983.
Katanya larangan itu adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.
"Bagaimanapun minum arak semasa memandu sememangnya tidak wajar dan tidak dibenarkan sekiranya mereka ingin memandu mereka tidak seharusnya minum arak kerana ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pemandu lain.
Mengenai program hari ini, Dr Lee, ia amat berguna kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran orang ramai malah mendidik masyarakat untuk memberi rawatan secepat mungkin sekiranya berlaku 'sudden cardiac arrest'.
Dalam pada itu, Pengerusi dan Pengajur Program Perak 'AED Save A Life' Dr Cheah Pike Kuan berkata setakat ini pihaknya telah memasang empat AED di tempat tumpuan awam sekitar Bandaraya iaitu di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Taman Rekreasi Dr Seenivasagam, Pusat Akuatik Tuanku Zara dan Padang Ipoh.
"Manakala enam lagi lokasi kita sedang kenal pasti seperti di Bukit Kledang, Stadium Ipoh dan beberapa tempat lagi. Sebelum pemasangan kita perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan dan Majlis Bandaraya Ipoh," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN