Kedah wujud sukarelawan bantu kesan kencing manis, darah tinggi



ALOR SETAR, 25 Nov -- Kerajaan negeri Kedah akan mewujudkan pasukan sukarelawan di bawah program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) tahun depan sebagai inisiatif membantu mengesan dan mencegah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi dalam kalangan masyarakat.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, langkah itu susulan kajian Kementerian Kesihatan pada 2015 yang mendapati negeri ini menjadi ‘juara’ apabila mencatatkan jumlah penghidap tertinggi berbanding negeri lain bagi kedua-dua penyakit itu.

“Sebanyak 50 pasukan sukarelawan terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan dilatih cara membuat pemeriksaan tekanan darah dan gula kepada penduduk serta rakan di tempat kerja mereka sebagai tindakan awal mengesan penyakit itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Khatan Perdana 2019 anjuran MPKK Kampung Besar di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Kedah menjadi negeri tertinggi yang rakyatnya menghidap penyakit kencing manis dengan 25.4 peratus, atau satu daripada empat orang berumur 18 tahun ke atas, menghidap penyakit tersebut.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang dilakukan setiap lima tahun sekali itu juga mendapati Perlis menjadi negeri kedua penghidap kencing manis teramai dengan 20.6 peratus, diikuti Johor 19.8 peratus.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2