KKM laksana bayaran secara e-wallet di klinik kesihatan



KUALA LUMPUR, 26 Nov  -- Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif melaksanakan kaedah pembayaran perkhidmatan perubatan di klinik kesihatan melalui penggunaan e-wallet (Boost) bagi menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat tanpa tunai di Malaysia. 

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan bayaran perkhidmatan tanpa tunai itu bertujuan mempelbagaikan kaedah bayaran serta menambah baik penyampaian perkhidmatan kaunter sekali gus membudayakan kerajaan pintar. 

"KKM (Kementerian Kesihatan) adalah kementerian pertama yang menggunakan perkhidmatan ini melalui projek kesihatan digital. 

"Platform bayaran tanpa tunai ini bukan sahaja akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pesakit, tetapi dapat mengurangkan masa menunggu, iaitu masalah utama sentiasa dihadapi (pesakit)," katanya pada sidang media selepas melancarkan pelaksanaan E-Wallet (Boost) di Klinik Kesihatan Cheras, di sini, hari ini. 

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min. 

Dr Dzulkefly berkata penggunaan e-wallet (Boost) ini telah diadakan secara rintis di empat klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Cheras, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya dan Klinik Kesihatan Seremban sejak September lepas. 

"Kita sedang dalam perancangan walaupun ambil sedikit waktu, dalam setahun dua ini, kita nak kembangkan dan laksana di seluruh negara selama mana fasiliti kita mempunyai talian internet dan pesakit masih menggunakan telefon bimbit. 

"(Dengan itu), di mana pun kita boleh laksanakan pembayaran tanpa tunai ini," katanya. 

Penggunaan e-wallet (Boost) ini dilaksana dengan kerjasama Axiata Digital Ecode Sdn Bhd dan RHB Islamic Bank Berhad. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1