9,703 kes demam denggi direkodkan di Johor sejak Januari

Mohd Khuzzan Abu Bakar

ISKANDAR PUTERI, 27 Nov  -- Sebanyak 9,703 kes demam denggi direkodkan di Johor sejak Januari sehingga kini dengan daerah  Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,199 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata ia diikuti Kluang dengan 568 kes, Kulai (462), Batu Pahat (369), Kota Tinggi (227), Muar (220), Segamat (216), Tangkak (164), Pontian (145) serta Mersing (133).

“Keseluruhan 9,703 kes berkenaan merupakan kumulatif sehingga minggu epid ke 46/2019 dengan 26 kematian dicatatkan. Kesemua kematian itu melibatkan mereka yang berumur antara lapan bulan dan 95 tahun,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Mohd Khuzzan berkata kebanyakan kes denggi direkodkan berlaku di kawasan perumahan lama yang mempunyai masalah perparitan.

Beliau berkata beberapa tindakan diambil sepanjang tahun ini termasuk menggiatkan penguatkuasaan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Gan Peck Chen (PH-Penggaram) berhubung jumlah kes denggi dicatatkan di negeri ini dan usaha mengatasinya, pada persidangan DUN, Mohd Khuzzan berkata sebanyak 9,491 kes demam denggi direkodkan sejak Januari sehingga 9 Nov lepas, iaitu minggu epid ke 45/2019 dengan Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 7,043 kes.

Beliau berkata ia diikuti Kluang dengan 560 kes, Kulai (450), Batu Pahat (355), Kota Tinggi (220), Muar (217), Segamat (207), Tangkak (164), Pontian (142) serta Mersing (133).

Menurutnya, beberapa langkah dilakukan bagi mengatasi kes demam denggi di negeri ini merangkumi edaran ‘Surat Alert Denggi’ pada Disember tahun lepas dan Julai lepas bagi mengingatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan daerah untuk meningkatkan aktiviti pencegahan serta kawalan aedes.

“Langkah lain adalah mengedar surat peringatan tentang kenaikan kes denggi kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta pada 20 Jan dan 12 Ogos lepas bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pesakit denggi, mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri Johor pada 19 Feb dan 25 Sept lepas serta mesyuarat Pengurusan Wabak Denggi Peringkat Negeri Johor sebulan sekali bagi mengenal pasti kelemahan serta penambahbaikan dalam kawalan denggi di kawasan wabak,” katanya.

Mohd Khuzzan berkata bagi aktiviti penguatkuasaan, sebanyak 15 Operasi Gempur Aedes dilaksanakan sejak Januari sehingga Oktober lepas selain mengadakan Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI).

“Memandangkan daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi, pasukan bantuan dari sembilan daerah lain turut digerakkan ke Johor Bahru sejak awal tahun sehingga kini bagi membantu aktiviti kawalan denggi,” katanya.

Katanya, sehingga 31 Okt lepas, sebanyak 1,144 aktiviti ‘Cari dan Musnah Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes’ dijalankan di seluruh negeri ini manakala program gotong-royong mega turut dilaksanakan dua kali secara serentak di seluruh daerah di negeri ini.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2