Corak pertumbuhan kanak-kanak petunjuk penting bagi kesihatan keseluruhan

Dr Lee Boon Chye (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Terdapat keperluan ibu bapa dan penjaga untuk mengenali perubahan corak pertumbuhan anak mereka, memandangkan pertumbuhan merupakan petunjuk penting kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kanak-kanak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata mereka perlu bekerjasama dengan para profesional penjagaan kesihatan untuk memastikan kanak-kanak yang terjejas akibat gangguan pertumbuhan akan diberi peluang terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan.

"Pertumbuhan yang terbantut di kalangan kanak-kanak kerap berlaku di Malaysia. Kadar kebantutan di kalangan kanak-kanak Malaysia di bawah umur 5 tahun adalah 20.7 peratus mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) 2016.

Angka ini lebih tinggi daripada keseluruhan 6.4 peratus kebarangkalian (terkini 2017) di negara berpendapatan menengah atas, yang mana Malaysia diklasifikasikan ," katanya ketika melancarkan Aplikasi Mudah Alih Novo Nordisk, di sini.

Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menjejaki corak pertumbuhan anak-anak mereka melalui telefon bimbit dan data melalui dikumpulkan dan disimpan boleh dikongsi dengan pakar kanak-kanak kanak-kanak untuk analisis lanjut jika diperlukan.

Dr Lee berkata kadar pertumbuhan yang terbantut di  Malaysia sebenarnya lebih tinggi daripada beberapa negara berpendapatan rendah seperti Ghana dan Senegal berdasarkan laporan Bank Dunia 2019.

Pertumbuhan yang terbantut  boleh menjejaskan kesihatan, pendidikan dan hasil produktiviti kanak-kanak. Ia mempunyai kos sosial dan ekonomi yang serius untuk pembangunan keseluruhan negara, "katanya.

Menyentuh mengenai aplikasi itu, Dr Lee berkata ia akan memudahkan ibu bapa untuk mengukur, merakam, dan menjejaki ketinggian dan pembangunan fizikal anak-anak mereka secara berterusan di rumah.

Beliau berkata menerusi pengesanan ketinggian yang tidak wajar, diagnosis terhadap  kanak-kanak yang mengalami masalah pertumbuhan ini  dapat lakukan lebih awal dan ditangani secara lebih berkesan.  

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2