440,000 kes baharu demam campak dicatatkan pada 2019, kata WHO



GENEVA, 28 Nov -- Lebih 440,000 orang di seluruh dunia disahkan dijangkiti demam campak pada 2019, menurut kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu lapor agensi berita Sputnik.

"Setakat 5 November 2019, terdapat 440,263 kes dilaporkan kepada WHO yang diterima daripada 187 negara anggota," kata kenyataan itu.

Menurut WHO, wabak campak terus menular terutamanya di Madagascar dan Nigeria.

Sehingga 17 Nov, terdapat 250,270 kes campak dikesan di Congo membabitkan 5,110 kematian dan kempen vaksinasi telah dilancarkan.

Wabak campak turut melanda negara-negara di Eropah, di Ukraine misalnya terdapat 56,802 kes, Kazakhstan (10,126 kes), di Georgia (3,904 kes) dan di Rusia (3,521 kes).

Campak merupakan sejenis penyakit disebabkan oleh virus dan ia amat mudah berjangkit kepada orang lain melalui titisan cecair mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Kebiasaannya pesakit akan sembuh seperti sedia kala.

Bagaimanapun komplikasi serius seperti otitis media, pneumonia, encephalitis, cirit-birit dan kematian boleh berlaku. Wabak campak terus meningkat sejak 2016.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2