KUCHING, 30 Nov -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kiri) dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin pada program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Stampin di Kampung Tematu hari ini.
-- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUCHING, 30 Nov -- Kementerian Kesihatan memandang serius mengenai amalan klinik dan pusat perubatan swasta yang mengenakan caj rawatan dan kos ubat-ubatan yang berbeza bagi pesakit yang membayar secara tunai dan pesakit yang menggunakan kad insurans.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata, jika ada pesakit yang pernah dikenakan amalan sedemikian, beliau mahu pesakit itu tampil membuat aduan.
“Perkara ini luar biasa, selain kementerian, aduan juga boleh melalui Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya siasatan dapat dijalankan.
“Jika perkara ini berleluasa maka tindakan yang tegas akan diambil,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Program Kampungku Sihat di Kampung Tematu, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, merangkap Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit kementerian, Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim.
Dzulkefly aduan boleh disalurkan ke bahagian perubatan kementerian melalui ckaps.aduan@moh.gov.my.
Menurut laporan media tempatan hari ini, langkah klinik mengenakan caj tambahan sehingga 10 peratus terhadap pemegang polisi insuran menyebabkan kuota perlindungan pesakit cepat habis dan harga ubat mencapai hampir 90 peratus lebih mahal dikenakan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN