Pahang sasar 90 peratus penghidap HIV dapat rawatan menjelang 2021



BENTONG, 1 Dis  -- Jabatan Kesihatan Pahang menyasarkan 90 peratus daripada mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV) mendapat rawatan antiretroviral (ARV) menjelang 2021.

Pengarahnya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata buat masa ini, hanya 60 peratus daripada 6,762 PLHIV di negeri ini telah menerima rawatan.

"Kita berharap sasaran ini boleh dicapai dengan bantuan dan sokongan daripada komuniti masyarakat  terhadap penghidap HIV.

"Mereka yang dijangkiti HIV juga diminta tidak bersikap jahil terhadap penyakit ini kerana sikap itu adalah penyebab utama mereka tidak mahu mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Koi Nak Sihat - Lain Weh! 2019 di Hospital Bentong di sini hari ini, yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min. 

Turut diadakan pada perasmian karnival itu ialah pelancaran sambutan Hari AIDS Sedunia 2019 bertemakan ‘Komuniti Membawa Perubahan’ yang disambut hari ini.

Beliau menambah di Pahang, majoriti penghidap HIV berada di Kuantan dan Temerloh, dalam lingkungan usia 20 hingga 49 tahun dengan 85 peratus daripadanya ialah lelaki.

“Sebab utama jangkitan ketika ini adalah kerana hubungan seksual yang telah menggantikan punca utama masa lalu iaitu jangkitan akibat berkongsi jarum suntikan,” katanya

Terdahulu dalam ucapannya Dr Sha'ari berkata kerajaan menerusi Pelan Strategik Kebangsaan bagi Menghapuskan AIDS 2030 menyasarkan ‘tiga sifar’ iaitu sifar jangkitan baru HIV, sifar diskriminasi dan sifar kematian akibat AIDS menjelang tahun 2030.

“Kerajaan menyasarkan pada 2030, 95 peratus populasi berisiko telah disaring HIV, 95 peratus PLHIV diberikan rawatan ARV dan 95 peratus yang memulakan rawatan mencapai viral suppression,” katanya.

Mengulas mengenai karnival itu yang masuk kali kelima penganjurannya, Dr Sha’ari berkata seramai 102,997 pengunjung menerima manfaat menjalani pelbagai saringan kesihatan  sepanjang ia berlangsung di beberapa daerah di Pahang. 

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1