BENTONG, 1 Dis -- Masyarakat perlu mengubah persepsi negatif terhadap penghidap HIV bagi membantu mereka supaya berani tampil mendapatkan rawatan.
Ahli Selebriti Sokongan Reben Merah Yayasan AIDS Malaysia (MAF) Fahrin Ahmad berkata pandangan serong masyarakat terhadap penghidap HIV hanya akan menyebabkan mereka tidak mahu mendapatkan rawatan sekali gus membawa risiko lebih besar penyebaran virus berkenaan.
"Selama ini, apa yang membawa kepada stigma, diskriminasi dan prejudis terhadap mereka sehingga mereka takut dan malu untuk mendapatkan rawatan adalah ceteknya ilmu dan kesedaran mengenai apa itu HIV dan AIDS.
"Bila lebih ramai anggota masyarakat yang ada pengetahuan dan pemahaman, maka itulah yang akan bawa perubahan kepada persepsi terhadap penghidap HIV," katanya kepada Bernama pada Karnival Koi Nak Sihat - Lain Weh! 2019 Bentong di sini hari ini yang diadakan serentak dengan sambutan Hari AIDS Sedunia 2019 bertemakan ‘Komuniti Membawa Perubahan' yang disambut pada hari ini.
Media pada Disember 2018 melaporkan bagi tahun 2017 tahap Orang Yang Hidup dengan HIV (PLHIV) yang mendapatkan rawatan anti-retroviral (ARV) di negara ini adalah 54 peratus.
Pelakon itu juga berkata penglibatannya di dalam aktiviti MAF sejak 10 tahun lalu telah memberinya peluang untuk bergaul dengan penghidap HIV sehingga persepsinya terhadap mereka berubah 100 peratus berbanding sebelum ini.
"Selepas bergaul dengan mereka, saya pula yang rasa bersalah mereka kerana mereka sihat, boleh menyumbang boleh bekerja, boleh makan, boleh berbual dan sebagainya tapi kita yang sihat ini pula yang jadikan mereka tiada kehidupan normal," katanya.
Sementara itu, seorang lagi ahli Selebriti Sokongan Reben Merah MAF, Vanida Imran berkata beliau benar-benar mula menyelami kehidupan penghidap HIV ketika memegang watak dalam filem Akhirat yang ditayangkan pada tahun 2008.
"Untuk memegang watak sebagai penghidap HIV, saya mengambil kesempatan bergaul dengan mereka.
Pada ketika itu saya menyedari betapa mencabarnya kehidupan mereka terutama penghidap HIV dalam kalangan kanak-kanak," katanya.
Vanida yang juga seorang pelakon turut berkata kesedaran untuk melakukan ujian dan mendapat rawatan HIV perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi memastikan jangkitan itu dapat dikawal selaras dengan kehendak kerajaan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN