KKM perlu lebih banyak data berkenaan vape



KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih sedang mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau ‘vape’ perlu dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang. 

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya masih memerlukan lebih banyak data mengenai perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan, dan draf bagi peraturan kawal selia rokok elektronik berkenaan ketika ini masih di peringkat permulaan.

Beliau berkata pada dasarnya penggunaan vape masih berbahaya seperti mana rokok tembakau kerana 90 peratus kandungannya masih melibatkan nikotin,

“Oleh itu kita perlu juga menjaga golongan tidak merokok yang tidak mahu terdedah kepada asap rokok sekunder," katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, merujuk kepada kes seorang remaja lelaki dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan pada 8 Nov lepas bagi menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru disyaki akibat menghisap vape, Dr Lee berkata pihaknya masih menyiasat punca kes itu.

“Kami masih belum mengenal pasti sama ada dia dijangkiti Penyakit Evali ataupun tidak namun siasatan masih dijalankan,” katanya. 

Penyakit misteri paru-paru itu diberi kod nama EVALI iaitu gabungan e-rokok, vape atau produk berkaitan kecederaan paru-paru telah menyebabkan 47 kematian melibatkan pengguna vape di Amerika Syarikat setakat ini.   

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2