Tun Dr Siti Hasmah lancar tujuh judul buku perubatan dan kesihatan DBP

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meneliti sebuah buku kesihatan pada Pelancaran tujuh Judul Buku Perubatan dan Kesihatan ketika lawatan mesra beliau ke Dewan Bahasa Dan Pustaka hari ini. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom (kanan).

KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melancarkan tujuh judul buku perubatan dan kesihatan sempena lawatan mesra Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) ke Anjung Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini.

Buku terbitan DBP itu adalah hasil tulisan pakar-pakar perubatan daripada pelbagai pengkhususan untuk bacaan umum serta bertujuan menggalakkan lebih ramai ahli perubatan menulis buku bacaan umum di dalam laras Bahasa Melayu.

Tujuh judul itu ialah Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Autisme; 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu; Madu dan Wanita Menopaus: Kenyataan dan Harapan; Si Kecil di Pusat Asuhan: Panduan Ibu Bapa dan Pengendali; 100 Persoalan Mengenai Sakit Puan Jilid 3; 100 Persoalan Mengenai Kanser Payu Dara dan Panduan Syarak tentang Kelahiran.

Sementara itu, Dr Siti Hasmah yang juga Pengerusi Kasih Malaysia turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Fotografi Perpaduan 2019: Bahasa Jiwa Bangsa serta merasmikan Taman Asuhan Kanak-kanak Qistina DBP.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom ketika ditemui pemberita selepas lawatan berkenaan berkata DBP sentiasa mencari penulis dan pakar bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam pelbagai bidang untuk menulis dengan organisasi itu.

"Sehingga kini, DBP sudah ada berpuluh-puluh buku sub kepakaran dalam pelbagai bidang yang telah diterbitkan. Melihat perkembangan itu, kita sangat mengalu-alukan penulis-penulis datang sendiri bertemu DBP untuk diterbitkan hasil penulisan mereka,” katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Achy, Creaky Joint Pain In The Elderly

By Nabilah Saleh 

KUALA LUMPUR (Bernama) –  Osteoarthritis (OA) is the most common form of arthritis and seen increasing due to population ageing. 

The disease occurs when the cartilage protecting the ends of bones wears down over time. 

Although osteoarthritis can damage any joint, the disorder commonly affects joints in the knees, ankles, hips, spine, hands and shoulders.

read more ››

IN FOCUS

In Focus : UMSC Raya Open House 2018


In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1

In Focus : UMSC - Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 2

In Focus : UMSC - Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 1